DUPLIKASI PARADIGMA DALAM SOSIOLOGI
Keywords:
Thomas S. Kuhn, Paradigma, SosiologiAbstract
Seiring perkembangan waktu dan kemajuan ilmu menghasilkan tiga komponen utama dari bidang falsafah iaitu ontologi (teori hakikat atau kewujudan), epistemologi (teori ilmu) dan aksiologi (teori nilai). Disiplin epistemologi merupakan salah satu cabang utama yang membahaskan tentang teori ilmu. Epistemologi telah melahirkan beberapa aliran antaranya rasionalisme, empirisme, positivisme, realisme dan idealisme. Pelopor idea paradigma, Thomas Samuel Kuhn merupakan salah seorang beraliran rasionalis yang menganggap akal mampu mengenali pelbagai hakikat secara yakin. Idea Kuhn di dalam karyanya yang bertajuk ‘The Structure of Scientific Revolution’ (1962) terhasil daripada kritikannya terhadap pandangan positivisme yang dipengaruhi oleh falsafah beraliran empirisisme. Selain itu, Kuhn juga menyangkal pandangan falsifikasi Popper yang cenderung kepada kebenaran ilmu melalui pengajian hipotesis. Fokus utama artikel ini ialah membincangkan tentang definisi paradigma yang telah diperkenalkan oleh Thomas Samuel Kuhn. Objektif artikel ini dihasilkan bagi meneliti konsep paradigma dan untuk meneroka konsep paradigma yang telah dikembangkan dalam bidang sosiologi. Kajian ini menggunakan kaedah penelitian deskriptif kualitatif berdasarkan kajian kepustakaan (library research) bagi mendapatkan maklumat dan penjelasan berkaitan dengan tajuk kajian. Kajian mendapati bahawa paradigma di dalam sosiologi telah diduplikasikan dalam kaedah pemerolehan ilmu atau metodologi dan paradigma teori.Downloads
Published
2022-12-31
Issue
Section
JURNAL ILMI