CABARAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH BERKAITAN KESALAHAN LELAKI BERLAGAK SEPERTI PEREMPUAN MENURUT PERUNDANGAN SYARIAH
Keywords:
Lelaki berlagak seperti perempuan, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, kelemahan, penambahbaikanAbstract
Isu mengenai kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan merupakan satu fenomena yang membimbangkan pada masa kini. Golongan ini semakin aktif menubuhkan persatuan dan cuba untuk menuntut hak mereka di bawah undang-undang bagi mewajarkan tindakan mereka sekaligus memperjuangkan hak yang sama seperti orang lain, terutamanya hak kebebasan dalam berperwatakan seperti wanita. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kelemahan yang wujud sehingga menampakkan isu seperti ini semakin berleluasa di Malaysia. Kajian ini dijalankan secara kualitatif iaitu pengkaji menemubual beberapa orang informan bagi menjawab objektif kajian. Kajian kepustakaan turut dilaksanakan oleh pengkaji bagi menyokong data-data dalam kajian ini. Di akhir kajian, pengkaji mendapati penguatkuasaan jenayah syariah masih berada di tahap sederhana dan perlu ditambahbaik khususnya dari aspek peruntukan undang-undang jenayah syariah yang sedia ada. Selain itu, kekangan dari sudut jumlah Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA), peralatan dan kemudahan penguatkuasaan jenayah juga turut menyumbang kepada peningkatan statistik kes seperti ini. Justeru, bagi mengurangkan kadar pertambahan bilangan kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan ini, pihak kerajaan dan NGO perlu bersama-sama berganding bahu memikirkan ‘jalan keluar’ bagi menangani isu permasalahan ini. Kejayaan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah bergantung kepada keberkesanan penguatkuasaan syariah oleh PPA.References
Al-Quran al Karim
Husnin Muhamad Maklufi, Tafsirah Shofwatul bayan, Kuwait, 1987, hlm.131.
Mohd Arif Ariffin Abu Bakar & Siti Zubaidah Ramli. (2019). Jenayah Syariah Golongan Mak Nyah: Isu Dan Masalah Penguatkuasaan Di Negeri Melaka.
Mohammad Ramzi Bin Zakaria. (2019). Lelaki berlagak Seperti Perempuan: Perspektif Undang-undang Jenayah Syariah Di Malaysia.
Zaim Mushafar Abu Bakar. (2019). Cabaran penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Syariah Berkaitan Ajaran Sesat: Kajian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Disertai Sarjana, Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akedemi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Siti Zubaidah Ismail. (2008). Dasar Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Jenayah Syariah Di Malaysai: Satu Analisis. Jurnal Syariah, Jil.16, Keluaran Khas (2008) 537-554.
TEMU BUAL
Encik Mohd Yazid bin Saat, Ketua Pegawai Peguatkuasa Agama Negeri Sembilan (Informan 1)
Encik Haris Bin Abdllah, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Informan 2)
Datuk Rahimin Bin Bani, Mantan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Melaka (Informan 3)
STATUT
Akta Kesalahan (Wilayah Persekutuan) 1997
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992
Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997
Enakmen Jenayah (Syariah) 1992 Perak
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 Enakmen Jenayah Syariah Dalam Syarak 1991 Perlis
Enakmen Kesalahan Jenayah (Pahang) 2013
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985 (Kelantan)
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 Sabah
Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 (Sarawak)
Arahan Amalan Mahkamah Syariah No 8 Tahun 2015