PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BAGI PROSES PENGANGKATAN DAN MENJAGA HAK SERTA KEBAJIKAN ANAK ANGKAT
Keywords:
anak angkat, pengangkatan, kanak-kanakAbstract
Amalan pengangkatan telah lama diamalkan oleh masyarakat di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Di Malaysia, ia telah menjadi amalan yang diwarisi bukan sahaja oleh masyarakat Melayu tetapi masyarakat Cina, India dan bumiputera di Sabah dan Sarawak . Beberapa peruntukan undang-undang bagi proses pengangkatan telahpun digubal oleh pihak kerajaan bagi tujuan menjaga hak pihak-pihak berkaitan terutama sekali terhadap anak angkat. Antara ialah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952, Akta Pengangkatan 1952, Akta Kanak-Kanak 2001, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2015. Peruntukan undang-undang yang khusus untuk orang Islam ialah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952. Ia adalah merupakan satu-satunya statut yang boleh digunakan oleh orang Islam untuk memberi pengiktirafan undang-undang kepada pengangkatan yang dilakukan. Enakmen-enakmen Pentadbiran Keluarga Islam hanya memfokuskan terhadap kewajipan memberi nafkah kepada anak angkat, sedangkan konsep pengangkatan anak adalah lebih luas. Persoalannya, sejauhmanakah peruntukan undang-undang yang terdapat di Malaysia dapat menjaga kepentingan pihak-pihak dalam proses pengangkatan terutama sekali dalam menangani keperluan khusus yang dituntut dalam proses pengangkatan seperti kebajikan anak angkat tersebut.