Deprecated: Using ${var} in strings is deprecated, use {$var} instead in /home/kuimedum/public_html/ejournal.unimel.edu.my/plugins/generic/citationStyleLanguage/lib/vendor/seboettg/citeproc-php/src/StyleSheet.php on line 52
Deprecated: Creation of dynamic property Seboettg\CiteProc\Root\Info::$category is deprecated in /home/kuimedum/public_html/ejournal.unimel.edu.my/plugins/generic/citationStyleLanguage/lib/vendor/seboettg/citeproc-php/src/Root/Info.php on line 62
Deprecated: Creation of dynamic property Seboettg\CiteProc\Root\Info::$updated is deprecated in /home/kuimedum/public_html/ejournal.unimel.edu.my/plugins/generic/citationStyleLanguage/lib/vendor/seboettg/citeproc-php/src/Root/Info.php on line 62
Deprecated: Creation of dynamic property Seboettg\CiteProc\Root\Info::$rights is deprecated in /home/kuimedum/public_html/ejournal.unimel.edu.my/plugins/generic/citationStyleLanguage/lib/vendor/seboettg/citeproc-php/src/Root/Info.php on line 62
Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/kuimedum/public_html/ejournal.unimel.edu.my/plugins/generic/citationStyleLanguage/lib/vendor/seboettg/citeproc-php/src/StyleSheet.php:52) in /home/kuimedum/public_html/ejournal.unimel.edu.my/plugins/generic/citationStyleLanguage/CitationStyleLanguagePlugin.php on line 660
Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/kuimedum/public_html/ejournal.unimel.edu.my/plugins/generic/citationStyleLanguage/lib/vendor/seboettg/citeproc-php/src/StyleSheet.php:52) in /home/kuimedum/public_html/ejournal.unimel.edu.my/plugins/generic/citationStyleLanguage/CitationStyleLanguagePlugin.php on line 661
@article{Hassan_Ramli_Yusof@Salleh_Zainal Abidin_Mohamed Noh_Abd Razak_Musa_2023, title={PENDEKATAN RASULULLAH SAW DALAM BERINTERAKSI DENGAN MASYARAKAT TERISOLASI: APLIKASI TERHADAP MASYARAKAT ORANG ASLI}, volume={8}, url={https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/1468}, abstractNote={Rasulullah SAW merupakan contoh teladan bagi umat Islam dalam segala aspek kehidupan, termasuk pendekatan Baginda dalam berinteraksi dengan masyarakat terisolasi seperti Arab Badwi dan mualaf. Mualaf, yang merupakan golongan yang baru memeluk agama Islam terisolasi dalam konteks budaya sementara Arab Badwi pula tinggal di kawasan pedalaman dan menjalani kehidupan yang terasing daripada masyarakat bandar. Justeru itu pendekatan yang diketengahkan kepada mereka pasti berbeza berbanding dengan masyarakat yang menetap di bandar atau mereka yang telah lama memeluk Islam. Masyarakat orang asli pula dilihat mempunyai persamaan dengan golongan tersebut dalam konteks sosiobudaya. Oleh itu, kajian ini akan melihat panduan dan pendekatan Rasulullah SAW dalam berinteraksi dengan golongan terisolasi supaya ianya boleh dijadikan panduan kepada golongan pendakwah dan tenaga pengajar apabila berhadapan dengan masyarakat Islam orang asli. Kajian ini menggunakan pendekatan kepustakaan sepenuhnya dengan melakukan tinjauan terhadap analisis dokumentasi yang terdiri daripada kitab turath, artikel jurnal, kertas kerja seminar dan lain-lain. Dapatan kajian mendapati kedudukan masyarakat orang asli hampir menyamai masyarakat arab badwi ketika permulaan Islam dan juga termasuk dalam golongan mualaf. Rasulullah SAW mendekati mereka dengan cara yang baik dan lembut kerana Baginda SAW memahami perihal Arab Badwi dan mereka yang baru memeluk Islam. Mengeluarkan masyarakat dari kekufuran kepada cahaya keislaman merupakan agenda paling penting ketika itu disusuli dengan taklifan syarak secara tadarruj dan taysir. Lantaran itu masyarakat Islam orang asli juga perlu didekati dengan pendekatan sebegitu supaya Islam dilihat sebagai sebuah agama yang mudah untuk diamalkan.}, number={3}, journal={Jurnal ’Ulwan}, author={Hassan, Paiz and Ramli, Mohd Anuar and Yusof@Salleh, Muhammad Yusri and Zainal Abidin, Mohd Zahirwan Halim and Mohamed Noh, Abd Munir and Abd Razak, Muhd Imran and Musa, Abd Nasir}, year={2023}, month={Dec.}, pages={233–248} }