KEFAHAMAN ETIKA PEMASARAN ISLAM DI KALANGAN KOMUNITI KUIM
Abstract
Artikel ini bertujuan membincangkan kajian berkaitan hubungan antara kefahaman etika pemasaran Islam dengan tawaran oleh pemasar dan akses. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif. Seramai 66 orang responden di kalangan komuniti Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan statistik inferensi (Korelasi Pearson). Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara kedua-dua pembolehubah tidak bersandar dengan kefahaman etika pemasaran Islam. Diharap keputusan kajian ini membolehkan komuniti dan penyelidik dapat meningkatkan lagi pengetahuan mengenai kefahaman etika pemasaran Islam. Selain itu, ia dapat membantu pemasar dalam membuat perancangan atau penambahbaikan dalam mengaplikasikan konsep pemasaran berpandukan syariah Islam.
Kata kunci: kefahaman etika pemasaran Islam, tawaran oleh pemasar, akses