Hubungan Tahap Pengetahuan Dan Kepatuhan Amalan Penjagaan Mata Dengan Komplikasi Penglihatan Dalam Kalangan Masyarakat
Keywords:
komplikasi penglihatan, tahap pengetahuan, kepatuhan dan amalan penjagaan mataAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan kepatuhan penjagaan mata yang berkait dengan komplikasi penglihatan dalam kalangan masyarakat. Kaedah kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan kajian rentas menggunakan kaedah pensampelan bertujuan rawak mudah. Soal selidik yang diubahsuai daripada National Eye Institute Visual Functioning Questionnaire Version 2000. Data yang direkodkan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Kajian mendapati tahap pengetahuan dan tahap kepatuhan amalan berkaitan dengan penjagaan mata berada pada tahap yang tinggi, sementara komplikasi penglihatan yang dialami oleh pesakit diabetes berada pada tahap yang sederhana. Kesimpulannya, kajian membuktikan walaupun tahap pengetahuan dan kepatuhan terhadap amalan penjagaan mata berada pada tahap yang tinggi, komplikasi mata akibat diabetes masih berlaku. Oleh yang demikian,pendekatan yang lebih menyeluruh perlulah diberikan perhatian dalam memberikan kesedaran terhadap komplikasi penglihatan yang boleh mengakibatkan buta juga komplikasi diabetes secara lebih menyeluruh agar keterukan komplikasi dapat di kawal dan dicegah.Downloads
Issue
Section
ARTICLE
License
The content of the Journal of Engineering and Health Sciences (JEHS) is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to JEHS. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.