PENGETAHUAN DAN SIKAP TENTANG NEEDLESTICK INJURY DI KALANGAN PELATIH SEMESTER 2 FAKULTI KEJURURAWATAN DAN SAINS KESIHATAN DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
Keywords:
Tahap Pengetahuan, Sikap, Jururawat Pelatih, Needlestick InjuryAbstract
Needlestick Injury (NI) merupakan salah satu kejadian yang harus di titikberatkan dan perlu dipelajari oleh setiap pelajar kejururawatan. Pelatih perlulah mempunyai pengetahuan dan sikap yang baik untuk mengelakkan dari berlakunya kejadian tersebut. Objektif kajian adalah untuk mengukur tahap pengetahuan dan sikap tentang NI di kalangan pelatih Semester 2 Fakulti Kejururawatan Dan Sains Kesihatan di Kolej Uiversiti Islam Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Soalan soal selidik iaitu kaedah Self Report Questionaire diberikan kepada pelatih Semester 2 Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan seramai 70 orang dan pengedaran soalan dilakukan secara tidak rawak. Soalan dibahagikan kepada 4 bahagian. Respondan seramai 70 orang menjawab soalan dengan baik dan menunjukkan pelatih faham dengan soal selidik yang diedarkan. Pelatih mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi kerana diajar tentang Needlestick Injury dan Universal Precaution. Faktor bebanan kerja juga merupakan faktor yang utama dan pelatih mempunyai sikap yang baik dalam mengenadalikan jarum suntikan semasa melakukan prosedur. Pelatih mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan sikap yang baik untuk mengelakkan kejadian Needlestick injury.Downloads
Issue
Section
ARTICLE
License
The content of the Journal of Engineering and Health Sciences (JEHS) is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to JEHS. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.