PELANCONGAN ISLAM DI PULAU BESAR, MELAKA: POTENSI DAN CABARAN
Keywords:
Pelancongan Islam, Pulau Besar, Potensi, Cabaran, PromosiAbstract
Penubuhan Islamic Tourism Centre (ITC) pada tahun 2009 di bawah kendalian Kementerian Pelancongan telah merancakkan lagi pelancongan Islam di Malaysia. Organisasi ini bertanggungjawab membangun dan mempromosikan produk-produk pelancongan Islam di Malaysia kepada pelancong luar. Ini kerana Malaysia merupakan antara tumpuan utama yang menjadi destinasi pilihan hampir 25% pengunjung daripada keseluruhan pelancong Muslim di serata dunia. Pulau Besar merupakan antara lokasi tumpuan di Melaka yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagenda. Para pelancong dari dalam dan luar negara sering melawati pulau ini atas pelbagai tujuan dan keperluan. Kajian ini bertujuan menilai potensi dan cabaran Pulau Besar sebagai salah satu lokasi tumpuan pelancongan Islam khususnya di Melaka. Kajian dijalankan secara kualitatif menerusi sumber primer dan sumber sekunder yang dianalisis secara induktif. Keindahan alam semula jadi dan kewujudan makam para ulama Nusantara yang masyhur seperti Syeikh Ismail, Syeikh Ibrahim dan Syeikh Yusuf telah menjadi tarikan para pelancong khususnya dari rantau Asia Tenggara. Namun, amalan-amalan khurafat yang masih berleluasa terutamanya di beberapa lokasi ‘keramat’ perlu diberi perhatian bagi memastikan potensi pulau ini sebagai salah satu hub pelancongan Islam berjaya direalisasikan.Downloads
Published
2020-11-16
Issue
Section
Articles
License
The content of Journal of Hospitality and Networks (JOHAN) is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to JOHAN. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.