PANDANGAN GURU TERHADAP TAHAP KESUKARAN TOPIK-TOPIK SAINS TAHUN SATU
Keywords:
Topik sains, tahap kesukaran, PAK-21Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan pandangan guru-guru Sains terhadap tahap kesukaran topik Sains tahun satu. Dalam subjek Sains tahun satu, sukatan pembelajaran melibatkan sepuluh topik yang terkandung di dalam enam tema iaitu Inkuiri dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Bumi dan Angkasa, Sains Bahan dan Teknologi. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan Soal Selidik Tahap Kesukaran Topik Sains Tahun Satu sebagai instrumen. Seramai 40 guru telah mengambil bahagian di dalam tinjauan ini. Data yang telah dianalisis menunjukkan guru-guru Sains berpendapat bahawa topik Bumi (Topik ke-9) merupakan topik yang paling sukar dengan mencatatkan nilai min tertinggi (min=3.53). Majoriti komen daripada guru-guru mengatakan sesuatu topik itu dianggap sukar kerana mereka kekurangan Bahan Bantu Mengajar (BBM), pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar yang kurang dan juga aktiviti yang melibatkan pelajar di dalam kelas adalah tidak mencukupi bagi mereka. Dapatan daripada tinjauan ini juga akan digunakan untuk membina satu bahan bantu mengajar iaitu modul pengajaran subjek Sains kepada guru-guru.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-02-27
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mohd Nasip, A., & Eng Tek, O. (2022). PANDANGAN GURU TERHADAP TAHAP KESUKARAN TOPIK-TOPIK SAINS TAHUN SATU. Jurnal ILMI, 11(1), 26-33. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/1021