KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN SOAL SELIDIK KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH
Keywords:
Kata Kunci, Kesahan, Kebolehpercayaan, Leadership Practice Inventory (LPI), kepimpinan transformasional guru besar.Abstract
Kajian ini dilakukan untuk melaporkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen bagi menilai kepimpinan transformasional guru besar di sekolah dari perspektif guru. Instrumen kajian ini telah diadaptasi daripada Leadership Practice Inventory (LPI) oleh Kouzes dan Posners (2013) yang telah diubahsuai daripada penilaian kepimpinan secara kendiri kepada penilaian kepimpinan dari sudut pemerhati. Kesahan dan kebolehpercayaan telah dilakukan ke atas instrumen yang dibina bagi memastikan konstruktif dan indikator setiap item dalam instrumen ini bersesuaian dengan situasi responden, instrumen ini telah dinilai oleh tujuk orang pakar dalam penyelidikan sebelum diedarkan kepada responden kajian. Seterusnya kajian rintis yang melibatkan 100 orang guru prasekolah di negeri Perak telah dilakukan untuk mendapatkan kebolehpercayaan instrumen kajian dengan menggunakan Program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Analisis ujian kebolehpercayaan yang dilakukan menunjukkan nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan item dalam instrumen ini adalah .97. Ini menunjukkan bahawa instrumen yang digunakan dalam kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang sangat tinggi dan kesemua item dalam soal selidik kajian ini sesuai digunakan untuk menilai kepimpinan transformasional guru besar di sekolah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-02-27
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Zaini, Z. H., & Mailis, M. I. (2022). KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN SOAL SELIDIK KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH. Jurnal ILMI, 11(1), 70-80. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/1028