PEMBINAAN KERANGKA AKTIVITI KESUKARELAWANAN YANG BERKESAN OLEH MAHASISWA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KAMPUS, JOHOR BAHRU, JOHOR
Keywords:
Kata kunci, Penglibatan Mahasiswa Dalam Aktiviti Kesukarelawanan, Kesan Penglibatan Mahasiswa Dalam Aktiviti Kesukarelawanan, Cabaran Penglibatan Mahasiswa Dalam Aktiviti KesukarelawananAbstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka faktor pelaksanaan, kesan dan cabaran aktiviti kesukarelawanan yang berkesan oleh mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian kualitatif ini dilakukan ke atas responden seramai lima orang mahasiswa “Kelab Volunteer” di UTM yang dipilih melalui persampelan bertujuan. Kaedah pengumpulan data yang telah digunakan ialah temubual bersemuka. Data temubual telah dianalisis dengan menggunakan analisis tematik di mana temubual ditranskrip secara verbatim dan dikodkan untuk mengenalpasti tema-tema. Kajian ini mendapati majoriti mahasiswa “Kelab Volunteer” di UTM melaksanakan aktiviti kesukarelawanan ini untuk mendapatkan mata jam kredit di dalam markah kokurikulum dan juga mengikut rakan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan aktiviti kesukarelawanan berupaya untuk meningkakan nama sesebuah universiti tersebut dan membina hubungan yang baik dengan masyarakat sekeliling. Cabaran pelaksanaan aktiviti kesukarelawanan ialah bilangan mahasiswa “Kelab Volunteer” di UTM yang sedikit di setiap program mengehadkan aktiviti kesukarelawanan. Implikasi kajian ini menekankan peranan pendidikan ke arah memahami matlamat sebenar aktiviti kesukarelawan demi mengimbangi ekonomi dan manfaat sosial masyarakat. Penggubal dasar juga dapat memanfaatkan hasil kajian ini dalam merangka inisiatif bagi menggalakkan amalan kesukarelawanan secara meluas untuk tujuan yang lebih baik.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-02-27
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mukhtar, N. S., & Salleh Hudin, N. (2022). PEMBINAAN KERANGKA AKTIVITI KESUKARELAWANAN YANG BERKESAN OLEH MAHASISWA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KAMPUS, JOHOR BAHRU, JOHOR. Jurnal ILMI, 11(1), 105-115. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/1031