PENGETAHUAN GURU TERHADAP KAEDAH SERVICE-LEARNING DALAM MENERAPKAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID SEKOLAH

Authors

  • Umaira Ramlee
  • Isa Hamzah

Keywords:

kaedah pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran berasaskan perkhidmatan, pembelajaran secara langsung, kemahiran insaniah, pelajar sekolah

Abstract

Seiring dengan pemerkasaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersifat ‘hands-on learning’ pada masa ini, kaedah service-learning dilihat sebagai satu platform baru ke arah usaha meningkatkan mutu pengajaran yang lebih berinovasi serta efektif. Kertas kajian ini bertujuan untuk meneroka tahap pengetahuan dan persepsi guru sekolah rendah mengenai kaedah pembelajaran berasaskan perkhidmatan (service-learning) yang kian di dominasi di peringkat pengajian tinggi. Pelaksanaan kaedah berasaskan service-learning diperingkat sekolah masih lagi dilihat ‘lompang’ rentetan beberapa kekangan dan masih dilihat baharu di negara ini. Sehubungan dengan itu, kajian ini dibangunkan dengan menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif menerusi kaedah tinjauan deskriptif untuk memperolehi dapatan kajian. Sampel kajian yang dipilih adalah secara persampelan rawak mudah ke atas 200 orang guru sekolah rendah di negeri Sabah. Dengan menggunakan Google Form sebagai instrumen soal selidik, data kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 2.0 untuk memperolehi kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dalam menentukan pengetahuan dan persepsi guru sekolah terhadap pembelajaran berasaskan service-learning di samping meninjau tahap pedagogi guru dalam menerapkan kemahiran insaniah pelajar. Hasil kajian ini mendapati bahawa pengetahuan mengenai pendekatan service-learning di kalangan guru sekolah berada pada tahap yang rendah. Maka dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu dapat dicapai, ianya menuntut para pendidik untuk merangka strategi dan kaedah yang baharu sebagai satu transformasi dalam dunia pendidikan. Di akhir penulisan ini, saranan pengajaran dan pembelajaran berasaskan service-learning diutarakan.

Downloads

Published

2022-12-31