PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN KANAK-KANAK DALAM KALANGAN GURU TABIKA KEMAS: SATU KAJIAN KUALITATIF

Authors

  • Sylvester Ronny Anak Pulene

Keywords:

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran, Guru TABIKA KEMAS

Abstract

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berpusatkan kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam merancang aktiviti PdP. Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan menganalisis pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan kanak-kanak dalam kalangan guru TABIKA KEMAS. Seramai lima orang guru TABIKA KEMAS yang mengajar di sekitar Zon Selatan, Semenanjung Malaysia dipilih sebagai peserta dalam kajian ini. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes bagi memperoleh data kajian melalui temu bual. Data temu bual dikumpul dan diurus menggunakan perisian Nvivo7. Kesahan data dilakukan secara memeriksa kesan penyelidik, bertaklimat dengan rakan sejawat dan pengesahan daripada peserta kajian. Kebolehpercayaan data pula diperoleh melalui audit trail dan mendapatkan perakuan pakar berasaskan nilai persetujuan pekali Cohen Kappa. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa terdapat dua sumber kaedah pengajaran dan pembelajaran, iaitu kaedah pembelajaran kolaborasi dan kaedah pembelajaran secara hands-on. Dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran seperti pendekatan belajar sambil bermain, pendekatan bertema dan pendekatan projek. Manakala, dari segi jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM) pula adalah BBM berbentuk elektronik, BBM bukan elektronik dan BBM jenis maujud. Dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan untuk meningkat pengajaran dan pembelajaran berpusatkan kanak-kanak dalam kalangan guru di Malaysia.

Downloads

Published

2022-12-31