TINJAUAN KOMPETENSI GURU TADIKA SWASTA TERHADAP KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK 2017) DI DAERAH KUANTAN
Keywords:
Kompetensi Guru Tadika Swasta, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2017Abstract
Kajian ini dijalankan untuk meninjau kompetensi guru tadika swasta terhadap Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2017 di daerah Kuantan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dan memahami tahap kompetensi guru tadika swasta terhadap KSPK 2017 dari aspek kompetensi professional dan personal. Kaedah pengumpulan data secara kuantitatif menggunakan soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Populasi kajian melibatkan 60 orang guru tadika swasta di DUN Teruntum di daerah Kuantan. Keputusan soal selidik dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai melalui Program SPSS versi 23. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru tadika swasta mempunyai kompetensi yang tinggi dan baik. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh meningkatkan kompetensi guru iaitu Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2017 secara berkala, pendedahan kepada pengajaran guru pembelajaran abad ke 21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Selain itu juga, aktiviti dijalankan oleh Persatuan Tadika seperti seminar dan bengkel, penilaian dari pihak berwajib terhadap standard kualiti profesion guru tadika swasta dan juga gabungan agensi dalam menyediakan platform kepada guru tadika swasta agar kompeten mampu memberi impak kepada dunia pendidikan awal kanak-kanak.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-12-31
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Kamarudin, K. (2022). TINJAUAN KOMPETENSI GURU TADIKA SWASTA TERHADAP KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK 2017) DI DAERAH KUANTAN. Jurnal ILMI, 12(1), 84-97. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/1223