PENGARUH KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERHADAP KEPUASAN PELAJAR KOLEJ TEKNIKAL YAYASAN SABAH
Keywords:
Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran, Kepuasan, KTYSAbstract
Kualiti pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kepuasan seseorang pelajar. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS). Antara aspek yang dinilai adalah penilaian rancangan pengajaran, penilaian kursus, penilaian pensyarah dan penilaian kualiti maklum balas pensyarah. Satu set soal selidik yang mengandungi 65 item telah diguna pakai dalam kajian ini. Responden yang dipilih secara rawak yang melibatkan pelajar-pelajar program kerjasama KTYS-KUIM dan KTYS-UTM seramai 181 orang. Kajian ini mendapati bahawa kualiti pengajaran dan pembelajaran berada pada skor min yang tinggi iaitu M= 4.03. Dapatan kajian Ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran (p=0.006<0.05) dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap kepuasan (p=0.534>0.05) mengikut program kerjasama KTYS-KUIM dan KTYS-UTM. Hasil analisis korelasi Pearson pula didapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan bagi kualiti pengajaran dan pembelajaran (r = 0.584, p<0.001) dengan kepuasan pelajar. Manakala, analisis regrasi berganda menunjukkan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara signifikan mempengaruhi kepuasan pelajar iaitu dengan nilai Beta adalah 0.341. Secara keseluruhannya pelajar berpuas hati terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran yang ditawarkan di KTYS.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-12-31
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Muhammad, M. (2022). PENGARUH KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERHADAP KEPUASAN PELAJAR KOLEJ TEKNIKAL YAYASAN SABAH. Jurnal ILMI, 12(1), 98-108. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/1224