PENGURUSAN PERANCANGAN DAN STRATEGI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH MURID BERKEPERLUAN KHAS DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI, DAERAH KENINGAU
Keywords:
Pentaksiran Bilik Darjah, Murid Berkeperluan Khas, Pendidikan Khas, Program Pendidikan InklusifAbstract
Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu transformasi kurikulum semasa dalam landskap pentaksiran pendidikan negara. Pendekatan utama dalam PBD ialah pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran sebagai pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pengurusan perancangan dan Strategi PBD Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI) sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini adalah secara kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif. Empat orang guru di empat buah sekolah yang terlibat dalam mengendalikan PBD dipilih secara persampelan bertujuan sebagai peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga belas sub tema yang muncul dalam pengurusan perancangan pentaksiran dan pengurusan strategi mentaksir MBK PPI. Kajian ini adalah signifikan dengan keperluan semasa pendidikan negara yang sedang melalui fasa transformasi kurikulum dan pentaksiran. Pengurusan PBD oleh guru selaku pelaksana utama dasar amat penting dalam menjamin kualiti PBD dalam kalangan MBK PPI. Keberhasilan dan kemenjadian MBK PPI dalam pengurusan PBD yang terancang serta pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dapat memberi peluang kepada MBK PPI untuk mendapat kesamarataan dalam pembelajaran. Dapatan kajian ini juga telah memberi garis panduan kepada guru untuk mengurus dan merancang PBD MBK PPI.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-12-31
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Primus, V. W., & Mosin, M. (2022). PENGURUSAN PERANCANGAN DAN STRATEGI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH MURID BERKEPERLUAN KHAS DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI, DAERAH KENINGAU. Jurnal ILMI, 12(1), 109-118. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/1225