PERANAN MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR (MAINJ) DALAM PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN ASNAF

Authors

  • Ungku Abulkhair Ungku Mohd Zakaria
  • Zulkarnain Ya’cob
  • Muhammad Ridwanto Syaful Anwar
  • Nor Saidi Mohamed Nasir

Keywords:

Respond Usahawan MAINJ, Bantuan yang disalurkan kepada usahawan asnaf, Keberkesanan Program

Abstract

Pembangunan usahawan asnaf merupakan program yang dibentuk bagi mewujudkan pembangunan sosioekonomi yang lebih baik dalam kelompok asnaf. Beberapa isu yang didapati berkait rapat dengan pembangunan usahawan asnaf. Artikel ini melakukuan tinjauan keberkesanan pelaksanaan program pembangunan usahawan asnaf dalam Majlis Agama Islam Negeri Johor. Ia bertujuan menjelaskan keberkesanan program sebagai kayu pengukur dalam konteks pembangunan usahawan asnaf. Kajian dilakukan berasaskan metodologi kualitatif melalui temu bual. Dapatan kajian mendapati program ini mendapat nilai positif dikalangan responden yang ditemui. Kesimpulan hasil kajian mendapati secara keseluruhan program Pembangunan Usahawan Asnaf anjuran MAINJ perlu kepada penambahbaikan kepada asnaf dalam usaha meningkatkan kualiti hidup serta sosioekonomi mereka.

Downloads

Published

2022-12-31