PEMBINAAN MODEL LATIHAN TARANUM BERSEPADU (MLTB) DALAM MENINGKATKAN KUALITI BACAAN PESERTA MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DI MELAKA
Keywords:
Model Latihan Taranum Bersepadu, Kualiti Bacaan Tilawah Al-quranAbstract
Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) menjadi medan terbaik melahirkan ramai peserta yang berkualiti dalam bacaan al-Quran. Empat aspek utama dalam kualiti bacaan diambil kira iaitu tajwid, fasohah, tarannum dan seni suara. Tarannum menjadi ukuran utama bagi peserta untuk mencapai markah tertinggi dalam MTQ. Kualiti bacaan johan Qari dan Qariah semenjak 2012 tercatat markah tertinggi 95.33% dan 94.00%. Namun pada tahun 2018 markah susut kepada 92.09% dan 92.05%. Berdasarkan pencarian kajian-kajian lepas, temu bual ringkas bersama johan Qariah 2018 dan maklumat dari agensi berkaitan MTQ, sehingga kini tiada Model Latihan Tarannum Bersepadu (MLTB) dilaksanakan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan bagi memberi persediaan yang mencukupi kepada para peserta. Kursus tahsin sedia ada pula mempunyai kekangan dari aspek kos, masa dan mentor. Masalah tersebut memberi kesan kepada persediaan dan kualiti bacaan peserta. Justeru kajian ini mendapati satu keperluan untuk membina MLTB bagi memastikan para peserta dapat meningkatkan kualiti bacaan selari dengan MTQ sebagai sebuah acara berprestasi tinggi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menggunakan data triangulasi (dokumen, pemerhatian dan temu bual). Informan terdiri daripada peserta MTQ, pegawai Agama Islam, hakim dan penganjur MTQ di Melaka sebagai lokasi kajian yang dipilih. Hasil temu bual dijangka memberi maklumat mengenai MLTB yang akan dibentuk bersama dengan dokumen dan pemerhatian. Kajian ini akan menghasilkan satu model MLTB bagi meningkatkan kualiti bacaan peserta, memberi panduan kepada MAIM dan pegawai Agama Islam yang berperanan memastikan persiapan peserta MTQ dalam tahap tertinggi.Downloads
Published
2022-12-31
Issue
Section
JURNAL ILMI