KUALITI PERKHIDMATAN DAN KEPUASAN PELANGGAN INAP DESA DI MELAKA

Authors

  • Dina Syamilah Zaid
  • E. Suhartiningsih N. Noto Sudarmo

Keywords:

kualiti perkhidmatan, nyata, kebolehpercayaan, responsif, jaminan, empati, kepuasan pelanggan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara lima dimensi kualiti perkhidmatan dengan kepuasan pelanggan inap desa di negeri Melaka. Data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara convenience kepada 150 pelanggan yang berkunjung ke tujuh inap desa di negeri Melaka. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan antara dimensi nyata, dimensi kebolehpercayaan, dimensi responsif, dimensi jaminan, dimensi empati dan kepuasan pelanggan. Kajian ini menunjukkan kualiti perkhidmatan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kepuasan pelanggan inap desa di negeri Melaka. Kajian ini merumuskan bahawa dimensi kebolehpercayaan adalah dimensi terpenting dalam kajian ini kerana ianya penyumbang terbesar dalam model kepuasan pelanggan inap desa di negeri Melaka.

Downloads

Published

2019-01-25

Issue

Section

JURNAL ILMI