ZUHUD UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI ISLAM
Keywords:
zuhud, pembangunan lestari Islam, disiplin diriAbstract
Usaha untuk perlaksanaan pembangunan lestari di dunia telah mula berkembang sejak Persidangan di Ottawa, Ontario pada tahun 1987. Namun, terdapat pelbagai kritikan diterima dalam perlaksanaan pembangunan lestari ini kerana dasarnya yang kurang jelas, tidak lengkap malah tidak bersesuaian dilaksanakan ke atas masyarakat Islam. Walaupun demikian, konsep pembangunan lestari lazim ini tetap digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan pembangunan Islam. Melihat kepada permasalahan ini, wujudnya usaha untuk mewujudkan konsep dan teori pembangunan lestari Islam yang didasari dengan nilai kerohanian seperti zuhud. Oleh itu, kertas kerja ini berhasrat untuk meneliti konsep zuhud sebagai salah satu strategi pembangunan lestari Islam. Penilitian terhadap kajian serta karya terdahulu mendapati bahawa penerapan sifat zuhud merupakan satu aspek penting bagi pembangunan lestari Islam kerana sifat zuhud ini dapat membentuk akhlak serta mendisiplinkan diri pelaku pembangunan lestari Islam menerusi pencapaian matlamat zuhud yang dibincangkan dalam kertas kerja ini, sejurus melaksanakan pembangunan yang mencapai keredhaan Allah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2019-01-25
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Hashim, S. N. A., & Mazlan, M. (2019). ZUHUD UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI ISLAM. Jurnal ILMI, 8(1), 15-25. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/347