KEPENTINGAN TAKWIM HIJRI DALAM PERMASALAHAN FIQH DI MALAYSIA: KAJIAN TERHADAP PENGAMALAN PENGIRAAN TEMPOH HAWL DALAM PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

Authors

  • Radzuan Nordin
  • Ab Rahim Ibrahim

Keywords:

takwim hijri, maqasid syariah, zakat, hawl

Abstract

Persoalan takwim hijri bukan hanya dilihat dari sudut kaedah pembentukannya sahaja, malah yang paling utama ialah penggunaannya dalam permasalahan yang ada kaitan secara langsung dengan fiqh. Tulisan ini cuba menjelaskan kepentingan sebenar takwim hijri dalam permasalahan fiqh yang difokuskan secara khusus kepada tempoh hawl dalam pelaksanaan zakat. Perbezaan hari antara takwim hijri dan masihi perlu dikaji dan difahami agar pelaksanaan ibadat yang berkaitan tempoh masa dapat mencapai maqasid syariah. Pengamalan agensi agama seperti Pusat zakat yang berurusan dengan perkiraan tempoh hawl masih tidak menggunakan takwim hijri sepenuhnya. Tulisan ini diharapkan dapat menyelesaikan kekeliruan masyarakat tentang isu berkaitan kepentingan takwim hijri dalam permasalahan fiqh semasa untuk membolehkan masyarakat Islam melaksanakan perintah Allah swt mengikut ketentuan yang sebenarnya.

Downloads

Published

2016-08-01

Issue

Section

JURNAL ILMI