PERBANDINGAN TAHAP KEBIMBANGAN PRA-PERTANDINGAN DALAM KALANGAN ATLET HOKI MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
Keywords:
kebimbangan, kognitif, somatik, keyakinan diriAbstract
Tujuan kajian ini adalah untuk membuat perbandingan tahap kebimbangan pra-pertandingan dalam kalangan atlet hoki Majlis Sukan Sekolah Malaysia. Subjek terdiri daripada 144 atlet (72 lelaki dan 72 perempuan) hoki yang berumur antara 15 hingga 18 tahun. Soal selidik Revised Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2R) yang dibentuk oleh Cox et al., (2003) digunakan untuk mengukur tahap kebimbangan pra-pertandingan dalam sukan. Ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina bagi subskala kebimbangan kognitif [F (1, 136) = 16.23, p< .05]. Dapatan juga menunjukkan atlet perempuan mempunyai tahap kebimbangan pra-pertandingan kognitif dan somatik yang tinggi berbanding atlet lelaki. Manakala atlet lelaki pula mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi berbanding atlet perempuan. Ujian pasca analisis benferoni menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi subskala kebimbangan kognitif, kebimbangan somatik dan keyakinan diri di antara pasukan-pasukan yang bertanding dalam kejohanan hoki MSSM.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2016-08-01
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Saadan, R., Boon Hooi, L., Mohd Ali, H., Bokhari, M., & Abdullah, N. (2016). PERBANDINGAN TAHAP KEBIMBANGAN PRA-PERTANDINGAN DALAM KALANGAN ATLET HOKI MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA. Jurnal ILMI, 1(1). https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/37