TEORI DAN KONSEP PENGURUSAN DAKWAH : SATU TINJAUAN AWAL
Keywords:
pengurusan, dakwah, perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, kawalanAbstract
Pengurusan dakwah merujuk kepada usaha dalam menyebarluaskan seruan Islam dengan sistematik dan sempurna. Ia merujuk kepada beberapa elemen dalam bidang pengurusan yang boleh diaplikasikan dalam kerja-kerja dakwah. Ia merangkumi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan yang menjadi asas dalam disiplin pengurusan. Selain daripada itu, bagi memperkukuhkan kefahaman tentang pengurusan dakwah sewajarnya perlu dirujuk kepada amalan dakwah baginda Rasulullah s.a.w yang telah membuktikan bahawa dakwah baginda telah berjaya. Hasilnya Islam tersebar di seluruh pelosok dunia kini. Sehubungan dengan itu pengurusan dakwah yang mantap perlu berlandaskan kepada konsep dan amalan pengurusan yang sistematik dan mencapai objektifnya agar Islam dapat dikembangkan dengan jayanya.Downloads
Published
2016-08-01
Issue
Section
JURNAL ILMI