PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM KERANGKA AL-TA’AYUSH MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN
Keywords:
Wasatiyyah, al-ta’ayush, masyarakat majmuk, budaya.Abstract
Masyarakat di Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang meliputi pelbagai latar belakang agama dan budaya. Justeru, interaksi umat Islam dalam menyebarkan dakwah dan memperkasakan Islam sudah tentu berbeza sesuai dengan realiti yang dihadapi. Hidup bersama dengan masyarakat beragama lain boleh dikonsepkan sebagai al-ta’ayush. Kajian ini akan mengkaji pendekatan wasatiyyah terhadap al-ta’ayush di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana data-data perpustakaan digunakan sepenuhnya. Data tersebut kemudiannya dianalisis secara induktif dan deduktif. Hasil kajian menyenaraikan beberapa pendekatan wasatiyyah yang perlu diberi perhatian dalam hidup bersama dengan masyarakat beragama lain (al-ta’ayush) khususnya dalam konteks Malaysia. Perkara ini juga boleh dianggap sebagai suatu bentuk kearifan tempatan dalam hidup bermasyarakat di Malaysia. Hal ini menjamin kesejahteraan dan keharmonian kehidupan di samping menegakkan syiar Islam.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Rosele, M. I., Ali, A. K., Harun, M. S., & Mohd Zulkarnain, S. I. N. (2019). PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM KERANGKA AL-TA’AYUSH MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN. Jurnal ILMI, 9(1), 81-89. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/619