ANALISIS KAEDAH TAGHAYYUR AL-HUKM BI TAGHAYYUR AL-ZAMAN WA AL-MAKAN (AL-‘URF) DALAM HUKUM ISLAM DARI PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARI’AH
Keywords:
uruf, maqasid al-shari’ah, maslahah, hukum Islam semasaAbstract
Dunia Islam kini telah terdedah kepada kemodenan teknologi dan sains samada yang dicetuskan oleh barat mahupun melalui revolusi dunia Islam sendiri. Keadaan tersebut memberi kesan terhadap cara hidup muslim hasil interaksi mereka dengan kemodenan tersebut. Realiti ini tidak dapat dinafikan kerana syariah Islam ialah sebuah sistem yang dinamik dan relevan terhadap semua zaman dan tempat. Lantaran itu, konsep taghayyur al-hukm bi taghayyur al-zaman wa al-makan dianggap salah satu fundamental ijtihad fekah. Namun begitu, perubahan hukum tidak berlaku secara mudah dengan alasan perubahan zaman dan tempat semata-mata. Malangnya konsep taghayyur dijadikan asas secara meluas dalam meneliti setiap hukum Islam secara mutlak oleh sebahagian sarjana Islam. Walaupun begitu, sebahagian sarjana menegaskan bahawa perubahan tempat dan masa tidak memberi kesan kepada hukum Islam secara langsung. Misalnya, riba diharamkan sekalipun berada dalam negara minoriti muslim kerana ia adalah sebahagian daripada taklif syarak yang wajib dihindari dalam muamalat Islam. Keadaan ini memberi faham bahawa syariat kekal untuk dilaksanakan sekalipun terdapatnya perubahan tempat dan zaman. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi menyelesaikan dua objektif iaitu (1) menjelaskan kaedah fiqh taghayyur al-hukm bi taghayyur al-zaman wa al-makan dan (2) menganalisis doktrin aplikasi kaedah tersebut dalam hukum Islam semasa. Bagi menyelesaikan objektif tersebut, kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah campuran dalam proses pengumpulan dan analisis data. Kajian menyimpulkan bahawa, tempat dan masa adalah dua elemen asas yang sering digunakan sebagai hujah secara mutlak untuk mengabaikan nas wahyu dalam menentukan hukum Islam semasa tanpa rangka kerja yang tepat.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2020-12-01
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Harun, M. S., Haji Abdullah, L., Rosele, M. I., & Ali, A. K. (2020). ANALISIS KAEDAH TAGHAYYUR AL-HUKM BI TAGHAYYUR AL-ZAMAN WA AL-MAKAN (AL-‘URF) DALAM HUKUM ISLAM DARI PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARI’AH. Jurnal ILMI, 10(1), 31-46. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/785