HUBUNGAN TAHAP PENGETAHUAN GURU DENGAN AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN DI TADIKA DAN MOTIVASI KERJA
Keywords:
Kata kunci, pengetahuan, amalan pengurusan keselamatan, motivasiAbstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan tahap pengetahuan guru dengan amalan pengurusan keselamatan di tadika dan motivasi kerja. Seramai 175 orang sampel kajian iaitu guru tadika swasta di negeri Melaka telah menjawab soal selidik yang telah diedarkan. Data yang diperolehi melalui soal selidik ini dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dan kaedah korelasi Pearson dalam perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 21. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru mengenai pengurusan keselamatan di tadika berada pada tahap sederhana dan terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan guru mengenai pengurusan keselamatan di tadika dengan motivasi kerja. Implikasi kajian ini dapat memberikan maklumat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan masyarakat terutamanya ibu bapa mengenai tahap pengurusan keselamatan di tadika pada masa kini serta hubungannya kepada motivasi guru untuk bekerja dan menjalankan rutin mereka sebagai seorang pendidik kepada kanak-kanak di tadika.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-02-27
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Muhd Hairi, A. M., & Tasripin, N. (2022). HUBUNGAN TAHAP PENGETAHUAN GURU DENGAN AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN DI TADIKA DAN MOTIVASI KERJA. Jurnal ILMI, 11(1), 81-92. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/1029