CABARAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN TASMIK ATAS TALIAN
Keywords:
Pengajaran tasmik, Talaqqi musyafahah, Komitmen murid, Capaian internet, Komitmen ibu bapaAbstract
Pengajaran atas talian sudah menjadi norma baharu sejak fasa awal era pandemik Covid-19. Tasmik, satu komponen dalam Pendidikan Islam di sekolah rendah tidak terkecuali. Komponen ini berfokuskan kepada pembacaan Iqra’ dan al-Quran. Namun, cara terbaik dalam pelaksanaan tasmik ialah talaqqi musyafahah, iaitu secara bersemuka dan mulut ke mulut. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan pembelajaran tasmik secara atas talian dan cadangan penyelesaian yang diambil oleh guru Pendidikan Islam bagi mengatasinya. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif dengan melaksanakan kajian kes di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Bintulu. Kaedah persampelan ialah persampelan bertujuan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ialah analisis dokumen dan temu bual. Data temu bual dianalisis menggunakan kaedah tematik. Jumlah responden merupakan dua orang guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Bintulu. Dapatan kajian mendapati bahawa cabaran pengajian tasmik atas talian terdiri daripada komitmen murid, kekangan ekonomi dan capaian internet. Manakala cadangan penyelesaian bagi isu tersebut ialah pujukan dan nasihat daripada guru dan komitmen ibu bapa. Implikasi daripada kajian ini dijangka dapat mewujudkan satu penyelesaian masalah berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran tasmik secara atas talian.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-12-30
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Rosli, S. N. A., & Abdul Razak, K. (2021). CABARAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN TASMIK ATAS TALIAN. Jurnal ILMI, 11(1), 137-145. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/1085