AMALAN PENGAJARAN GURU MATA PELAJARAN BALAGHAH SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) DI DAERAH NEGERI SELANGOR
Keywords:
Amalan pengajaran, Guru Balaghah, Balaghah, STAMAbstract
Mata pelajaran Balaghah merupakan antara mata pelajaran yang terdapat di dalam bidang linguistik bahasa Arab dan diajar pada peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Untuk itu, satu kajian telah dijalankan bertujuan meneroka amalan pengajaran yang digunakan oleh guru mata pelajaran Balaghah dalam menyampaikan isi pelajaran. Kajian ini merupakan satu bentuk kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Dua orang guru yang berpengalaman luas mengajar mata pelajaran Balaghah lebih daripada 15 tahun dari dua daerah di negeri Selangor telah dipilih sebagai responden temu bual kajian ini. Data temu bual dalam kajian ini juga turut disokong dengan analisis dokumen bagi memperkukuhkan lagi dapatan kajian yang diperoleh. Seterusnya, data dianalisis bagi menghasilkan tema dan hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa, perancangan yang rapi telah dibuat oleh peserta kajian sebelum memulakan proses pengajaran. Peserta kajian turut menggunakan set induksi, bahan bantu mengajar, strategi berpusatkan pelajar dan menggabungkan kaedah lama dan baharu dalam amalan pengajaran mereka. Selain itu, masa yang diperuntukkan bagi pengajaran Balaghah tersebut dirancang dengan baik oleh peserta kajian dan berusaha menarik minat pelajar-pelajar terhadap ilmu Balaghah. Kajian ini diharap dapat membantu dan memberi pendedahan kepada guru-guru STAM khususnya yang mengajar mata pelajaran Balaghah sebagai penambahbaikan terhadap strategi, teknik dan amalan pengajaran yang terbaik dan berkesan yang boleh digunakan dalam menyampaikan isi pelajaran Balaghah.Downloads
Published
2022-12-31
Issue
Section
JURNAL ILMI