KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM PENGAJARAN GURU BAHASA ARAB SECARA DALAM TALIAN
Keywords:
komunikasi bukan lisan, bahasa Arab, dalam talian, pengurusan pengajaran guruAbstract
Pengajaran dan pembelajaran memerlukan kepada komunikasi antara guru dan murid. Komunikasi bukan lisan merupakan elemen yang penting dan perlu berjalan seiringan dengan komunikasi lisan lebih-lebih lagi melibatkan pengajaran bahasa Arab secara dalam talian. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti komunikasi bukan lisan dalam pengajaran guru bahasa Arab secara dalam talian serta hubungannya dengan pengurusan pengajaran guru. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik iaitu google form secara dalam talian. Responden kajian terdiri daripada 124 orang guru bahasa Arab yang bertugas dan berkhidmat di sekolah rendah sekitar daerah Kinta Selatan, Perak. Persoalan kajian terjawab dengan analisis deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS 22. Dapatan kajian menunjukkan komunikasi bukan lisan secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi (min= 4.74, s.p.=0.39). Dapatan bagi persoalan yang kedua pula melibatkan kemahiran bukan lisan yang mendominasi pengajaran guru bahasa Arab dan dimensi persekitaran menunjukkan tahap yang paling tinggi iaitu (min=4.81, s.p.=0.37). Seterusnya, analisis melalui ujian Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara amalan kemahiran bukan lisan guru dengan pengurusan pengajaran bahasa Arab (r= 0.463, p<0.01). Dapatan kajian ini telah memberikan implikasi terhadap amalan kemahiran bukan lisan dalam pengajaran guru serta dasar latihan guru sama ada dalam kalangan guru pelatih dan guru di peringkat sekolah menengah ataupun rendah. Kesimpulannya, amalan kemahiran bukan lisan ini memberi kesan yang positif terhadap pengajaran guru lebih-lebih lagi secara dalam talian. Hal ini mampu membantu murid untuk memahami isi pengajaran serta arahan yang ingin disampaikan oleh guru secara lebih berkesan.Downloads
Published
2022-12-31
Issue
Section
JURNAL ILMI