INOVASI GURU DALAM PENGAJARAN MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN KOSA KATA MURID DALAM BAHASA ARAB DI SEKOLAH

Authors

  • Najwa Humaira’ Mat Nor
  • Nik Mohd Rahimi

Keywords:

masalah murid, kosa kata, inovasi, peningkatan, penguasaan

Abstract

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk menyelidik tentang masalah kosa kata bahasa Arab yang dihadapi oleh murid di sekolah dan inovasi yang dilakukan oleh guru dalam pengajaran bahasa Arab. Penguasaan kosa kata amat penting dalam pembelajaran bahasa terutama dalam bahasa asing seperti bahasa Arab dan masalah ini perlu diselesaikan dengan menggunakan bahan-bahan bantuan daripada guru-guru. Bagi mendapatkan data kajian, temubual secara dalam talian telah dilakukan. Responden kajian melibatkan tiga orang guru dalam kawasan Kuala Lumpur dan juga Selangor. Hasil daripada temubual tersebut mendapati wujudnya masalah kosa kata bahasa Arab dalam kalangan murid. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelbagai inovasi telah dilakukan oleh guru dan murid telah menunjukkan peningkatan dalam penguasaan kosa kata bahasa Arab.

Downloads

Published

2022-12-31