PENGARUH PRASARANA TERHADAP KEPUASAN PELAJAR KOLEJ TEKNIKAL YAYASAN SABAH (KTYS)
Keywords:
Prasarana, Kepuasan, KTYSAbstract
Kepuasan pelanggan merupakan satu aspek penting yang sering diberi perhatian oleh para pembekal produk terutama pihak swasta. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kepuasan pelajar terhadap prasarana di Kolej Teknikal Yayasan Sabah serta melihat perbezaan tahap kepuasan pelajar, hubungan dan pengaruh antara variabel tersebut. Kajian yang menggunakan borang soal selidik melibatkan responden yang dipilih secara rawak dalam kalangan pelajar Kolej Teknikal Yayasan Sabah daripada program Kerjasama KTYS-KUIM dan KTYS-UTM iaitu seramai 181 orang responden. Antara aspek yang dinilai adalah bilik kuliah, perpustakaan, asrama dan kafeteria. Satu set soal selidik yang mengandungi 65 item telah diguna pakai dalam kajian ini. Kajian ini mendapati bahawa prasarana berada pada skor min yang sederhana iaitu M=3.53. Dapatan kajian Ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap prasarana mengikut program kerjasama KTYS-KUIM dan KTYS-UTM (p=0.341>0.05) dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap kepuasan (p=0.534>0.05) mengikut program. Hasil analisis korelasi Pearson pula didapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara prasarana (r = 0.555, p<0.001) dengan kepuasan pelajar. Manakala, prasarana mempunyai pengaruh atau kesan terhadap kepuasan pelajar di KTYS sebanyak 45.6% dengan nilai F yang signifikan pada 0.00. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan dan panduan kepada Institusi Pengajian Tinggi yang lain umumnya dan Kolej Teknikal Yayasan Sabah khususnya.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2022-12-31
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Muhammad, M. (2022). PENGARUH PRASARANA TERHADAP KEPUASAN PELAJAR KOLEJ TEKNIKAL YAYASAN SABAH (KTYS). Jurnal ILMI, 12(1), 57-67. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/1221