PENGARUH POSITIF DAN NEGATIF DALAM PERMAINAN GAMES DI INTERNET KEPADA PSIKOLOGI KANAK-KANAK
Keywords:
Permainan games, Positif dan negatif, Psikologi kanak-kanakAbstract
Dunia tanpa sempadan kini tidak menghalang sebarang maklumat disampaikan kepada semua peringkat usia. Hal ini termasuklah pengaruh permainan pelbagai jenis permainan games di internet. Kepesatan dunia maya membolehkan permainan dimuat naik secara terus oleh semua individu. Permainan games dapat memberikan kebaikan dari aspek pemerolehan bahasa Inggeris dan meningkatkan perbendaharaan kata melalui permainan yang sesuai. Selain itu, permainan video boleh memberikan kesan negatif dari aspek kesihatan seperti mengalami ketagihan, masalah penglihatan dan obesiti. Tidak terkecuali juga kesan negatif dalam sosial dan komunikasi kanak-kanak apabila mengalami ketagihan permainan video. Kanak-kanak cenderung mengalami masalah berinteraksi dengan individu lain secara nyata. Walau bagaimanapun, permainan games di internet juga mempunyai unsur positif dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak dan negatif terhadap perkembangan psikologi mereka. Oleh yang demikian, kajian ini meneliti masalah dari aspek kesihatan mental kanak-kanak yang melibatkan psikologi akibat ketagihan video games yang melampau. Malahan, kajian ini bertujuan mencadangkan beberapa langkah bagi mengawal ketagihan dalam permainan games dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini kerana, pemodenan teknologi tidak dapat dielakkan pada zaman serba canggih ini. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat memberikan panduan kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak tentang pemilihan permainan games di internet yang sesuai.Downloads
Published
2022-12-31
Issue
Section
JURNAL ILMI