CABARAN DALAM MENDIDIK BAKAL GURU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI UNIVERSITI MELAKA (UNIMEL)

Authors

  • Aziyati Zahirah Asnil Aimi
  • Nur Syakira Baharudin
  • Zaleha Damanhuri

Keywords:

Pendidik bakal guru, Pendidikan awal kanak-kanak, Cabaran, Mendidik

Abstract

Pendidik bakal guru pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam menyediakan ruang dan membantu proses perkembangan serta kemajuan bakal guru. Bagi menjayakan matlamat ini, pelbagai cabaran dihadapi oleh pendidik bakal guru semasa menentukan pendekatan pembelajaran terbaik selain mewujudkan hubungan bermakna dengan mereka. Kajian dijalankan menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur bagi mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam berkaitan dengan cabaran dalam mendidik bakal guru Pendidikan Awal Kanak-kanak di UNIMEL. Empat dimensi utama menjadi fokus bagi kajian ini iaitu: (i) Apakah perkara yang anda berpuas hati dalam kerjaya anda? (ii) Perincikan pendekatan kepada bakal guru yang anda gunakan untuk ketika mengajar. (iii) Terangkan dilema yang anda rasai sama ada secara peribadi atau professional yang dialami ketika mengajar bakal guru. (iv) Apakah cara yang boleh dilakukan bagi memastikan kualiti bakal guru dapat dikekalkan? Sebahagian besar daripada pendidik bakal guru menunjukkan kepuasan terhadap persekitaran kerja yang baik. Kajian juga mendapati pensyarah lebih selesa menggunakan pendekatan yang lebih santai ketika menjalankan kuliah. Pensyarah bimbang apabila bakal guru tidak memahami apa yang disampaikan dalam pengajaran. Kajian juga telah mengenal pasti bahawa pensyarah berperanan dalam meningkatkan kualiti bakal guru dengan mengubah pemikiran bakal guru supaya mereka dapat menanamkan jiwa pendidik seawal permulaan semester lagi.

Downloads

Published

2022-12-31