PENGGUNAAN ANALISIS FAKTOR PENEROKAAN (EFA) BAGI PENGUJIAN KESAHAN INSTRUMEN PERKONGSIAN PENGETAHUAN

Authors

  • Noor Jeffri Abdul Wahab

Keywords:

Perkongsian pengetahuan, kesahan, Analisis Penerokaan Faktor

Abstract

Perkongsian pengetahuan memberi kesan yang signifikan terhadap prestasi pekerja. Institusi perlu memberikan lebih banyak perhatian kepada pekara-pekara yang tidak merugikan mereka untuk menyesuaikan diri dalam zaman yang serba mencabar. Disebabkan itulah perkongsian pengetahuan amat penting sebagai nilai tambah dalam diri pensyarah di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi menjamin daya saing dan produktiviti institusi sentiasa keterhadapan. Oleh yang demikian, kajian ini lebih menumpukan kepada instrumen perkongsian pengetahuan yang dibina berlandaskan kajian-kajian terdahulu. Kebolehpercayaan dan kesahan alat ujian diuji menggunakan data kajian rintis yang dijalankan dengan melibatkan 104 responden menggunakan analisis faktor untuk menjalankan Analisis Penerokaan faktor (EFA). Dapatan menunjukkan 12 item yang mewakili perkongsian pengetahuan mempunyai faktor muatan melebihi (0.60). Oleh yang demikian mengikut pandangan sarjana terdahulu instrumen ini sah dan mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi. Instrumen ini boleh diguna pakai untuk kajian yang sebenar.

Downloads

Published

2022-12-31