PERANAN ETIKA PEMASARAN TERHADAP ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK DAN PROMOSI)

Authors

  • Zurairah Jais
  • Salbiah Nur Shahrul Azmi
  • Siti Nur Asneda Mohd Nazim
  • Nor Izzuani Izhar

Keywords:

Etika pemasaran, Produk, Promosi, Pemasar, Kesetiaan

Abstract

Etika merupakan komponen penting dalam interaksi manusia, termasuk aktiviti pemasaran. Artikel ini membahas tentang peranan etika pemasaran terhadap beberapa elemen campuran pemasaran yang memfokuskan kepada produk dan promosi menerusi kaedah tinjauan literatur. Penelitian kualitatif yang berpandu pada data perpustakaan dan kupasan berita ini mampu memberikan gambaran terkini berkaitan salah laku dalam aktiviti pemasaran di Malaysia. Hasil kajian memperlihatkan kebanyakan pelanggan amat menitik beratkan hal berkaitan bagaimana sesuatu produk itu berkesan kepada mereka. Tuntasnya, hal ini akan mempengaruhi tindakan mengulangi pembelian sekali gus mencadangkan kepada kenalan serta ahli keluarga untuk pembelian seterusnya. Keberhasilan tindakan pemasar yang berlaku jujur dalam aktiviti promosi terutama di media sosial sangat memberi impak kepada keberadaan mereka di pasaran untuk satu jangka masa yang panjang.

Downloads

Published

2022-12-31