SOKONGAN SOSIAL TERHADAP KECENDERUNGAN PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN PENGHUNI PUSAT PEMULIHAN SWASTA DI DAERAH JASIN, MELAKA
Keywords:
Sokongan sosial, penyalahgunaan dadah, pemulihan dadahAbstract
mendapat bantuan dari orang sekeliling seperti keluarga dan individu yang hampir dengan diri mereka terutama untuk melakukan perubahan dalam hidup. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor sokongan sosial terhadap kecenderungan penyalahgunaan dadah dalam kalangan penghuni pusat pemulihan swasta, Daerah Jasin Melaka. Kajian berbentuk kaedah tinjauan atau survey ini telah dilaksanakan kepada 22 orang responden yang terdiri dari kalangan penagih yang masih mendapatkan rawatan di pusat pemulihan dipilih sebagai sampel bagi kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan bagi soal selidik dalam kajian ini adalah Inventori Social Support of Behaviour (ISSB) bagi mengukur faktor sokongan sosial dan menggunakan Inventori Drug Abuse Screening Test-20 (DAST-20) untuk melihat kecenderungan penyalahgunaan dadah dalam kalangan penagih. Data telah dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi melalui perisian SPSS (Statistical Packages of Social Science) versi 26. Secara keseluruhannya, tidak terdapat hubungan antara sokongan sosial terhadap kecenderungan penyalahgunaan dadah dalam kalangan penghuni pusat pusat pemulihan swasta, Daerah Jasin Melaka (r = -.039, k > .05). Seterusnya, hasil dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sokongan sosial berdasarkan umur [F (17,4) = 4.458, k >.05]. Kajian ini boleh memberikan manfaat kepada pelbagai pihak khususnya pihak AADK dan institusi masyarakat.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-12-31
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Shaban, S. H., & Jafri, I. F. (2024). SOKONGAN SOSIAL TERHADAP KECENDERUNGAN PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN PENGHUNI PUSAT PEMULIHAN SWASTA DI DAERAH JASIN, MELAKA. Jurnal ILMI, 14(1), 84-95. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/1909