POLEMIK ‘ISTERI PEMANGSA, SUAMI MANGSA’: SUATU TINJAUAN AWAL DI MALAYSIA
Keywords:
penderaan suami, Islam, nusyuz, penderaan, suamiAbstract
Secara realistiknya, isu penderaan suami (husband battering) bukanlah suatu fenomena asing dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Saban hari, kadar jumlah yang melibatkan kes-kes seumpama ini tidak boleh lagi dianggap sebagai isu terpencil yang tidak sewajarnya dipandang remeh. Namun demikian, apa yang perlu kita akui, tiada sebarang data lengkap atau kajian yang khusus berhubung isu penderaan atau penganiayaan terhadap suami. Dari kaca mata Islam, penderaan suami seharusnya dianggap ‘dosa’ yang mampu mengganggu-gugat keharmonian dan survival sesebuah institusi kekeluargaan yang boleh mengakibatkan terjadinya nusyuz di pihak isteri. Dengan merujuk kepada senario semasa, antara bentuk kerencaman modus operandi penderhakaan terhadap suami (yang adakalanya turut diklasifikasikan sebagai suatu ‘jenayah terancang’ oleh penulis secara peribadi) termasuklah secara fizikal, mental, emosi, seksual mahupun spiritual serta pelbagai jenis kaedah dan metodologi penganiyaan yang adakalanya tidak rasional. Justeru, penulisan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana isu penderaan terhadap suami ini dapat dianggap sebagai nusyuz menurut syara’. Selain itu, penulis juga turut menyentuh sejauh mana tahap keberkesanan pelaksanaan undang-undang perkahwinan di Malaysia sedia ada; yang rata-ratanya menjurus ke arah ‘pendiskriminasian’ terhadap segala hak dan tanggungjawab pihak suami secara umum.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2017-12-20
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Md Shah, M. A. M., Mohd Jody, J., & Othman, S. (2017). POLEMIK ‘ISTERI PEMANGSA, SUAMI MANGSA’: SUATU TINJAUAN AWAL DI MALAYSIA. Jurnal ILMI, 7(1). https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/200