PERSPEKTIF AL-QUR’AN TERHADAP AMALAN KEWANGAN KONVENSIONAL: ANALISIS PERBANDINGAN BERKAITAN RIBA DAN KADAR FAEDAH PERBANKAN
Keywords:
kewangan dan perbankan Islam, perbankan konvensional, riba dan kadar faedah, amalan kadar faedah, analisis perspektif al-Qur’an.Abstract
Faedah yang menjadi teras kepada amalan perbankan konvensional moden merupakan perkara yang dilarang dalam ajaran Islam menurut perspektif al-Qur’an dan ia tidak boleh wujud sama sekali dalam amalan kewangan Islam. Merujuk kepada sejarah panjang urusniaga kewangan sepanjang zaman, memberi atau mengenakan kadar faedah telah menjadi amalan yang sebati dalam kehidupan manusia sama ada di pihak individu atau institusi. Amalan ini telah bermula sejak sekian lama sebelum manusia mengenali wang sebagai alat pertukaran atau penentu nilai serta simpanan masa hadapan. Ia berlaku dalam urusniaga yang melibatkan matawang dan komoditi dalam bentuk hutang atau jual beli (pertukaran). Menurut perspektif al-Qur’an pengharaman ini adalah muktamad walaupun proses pengharaman tersebut berlaku secara berperingkat melalui empat (4) fasa berdasarkan tempoh penurunan ayat yang berkaitan larangan tersebut. Pengharaman ini juga adalah menyeluruh yang memberikan kesan larangan secara mutlak kepada semua amalan kadar faedah termasuk apa yang dilaksanakan oleh instutusi perbankan konvensional semasa. Untuk itu, riba atau faedah perlu difahami dengan betul supaya urusniaga kewangan yang dilaksanakan menepati prinsip-prinsip syariah. Perspektif al-Qur’an telah memberikan gambaran yang jelas berkaitan riba yang diharamkan dan menunjukkan jalan penyelesaian yang praktikal melalui pelaksanaan urusniaga jual beli.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2019-01-25
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Ibrahim, A. R. (2019). PERSPEKTIF AL-QUR’AN TERHADAP AMALAN KEWANGAN KONVENSIONAL: ANALISIS PERBANDINGAN BERKAITAN RIBA DAN KADAR FAEDAH PERBANKAN. Jurnal ILMI, 8(1), 26-44. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/348