KEYAKINAN PELANGGAN TERHADAP PENSIJILAN HALAL MENINGKATKAN KESETIAAN PELANGGAN DI DALAM INDUSTRI PERHOTELAN DI NEGERI MELAKA
Keywords:
pensijilan logo halal, pengetahuan agama, ciri-ciri pekerja, keyakinan pelanggan, kesetiaan pelangganAbstract
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji keyakinan pelanggan terhadap pensijilan Halal sebagai pengantara dalam hubungan antara pensijilan logo Halal, pengetahuan agama, ciri-ciri pekerja dan kesetiaan pelanggan. Ini kerana kajian terdahulu tidak mengkaji peranan keyakinan pensijilan Halal sebagai pengantara. Sampel melibatkan 355 orang responden daripada 3 dari 26 buah hotel tiga hingga lima bintang yang telah mendapat pensijilan Halal di negeri Melaka. Dalam kajian ini, dua jenis persampelan telah dipilih iaitu persempelan rawak mudah dan persampelan convenience serta menggunakan SEM untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pensijilan logo Halal, ciri-ciri pekerja dengan kesetiaan pelanggan, namun pengetahuan agama tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesetiaan pelanggan. Kajian ini juga menunjukkan keyakinan terhadap pensijilan Halal menjadi pengantara dalam hubungan antara pensijilan logo Halal, ciri-ciri pekerja, pengetahuan agama dan kesetiaan. Kajian ini juga membuktikan bahawa keyakinan pelanggan terhadap pensijilan Halal meningkatkan kesetiaan pelanggan. Justeru itu, keyakinan dan kesetiaan pelanggan terhadap pensijilan Halal juga adalah tinggi dalam industri perhotelan di negeri Melaka.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2019-01-25
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Adenan, H., & Norman, H. (2019). KEYAKINAN PELANGGAN TERHADAP PENSIJILAN HALAL MENINGKATKAN KESETIAAN PELANGGAN DI DALAM INDUSTRI PERHOTELAN DI NEGERI MELAKA. Jurnal ILMI, 8(1), 45-63. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/349