CABARAN INSTITUSI HISBAH DALAM DUNIA KONTEMPORARI SERTA USAHA-USAHA BAGI MEMPERKASAKANNYA
Keywords:
hisbah, cabaran, usaha-usaha, memperkasakan, kontemporariAbstract
Pada zaman mengharungi arus kemodenan dunia kontemporari ini, pelaksanaan hisbah menjadi semakin mencabar dan sukar untuk dilaksanakan sepenuhnya kerana terdapatnya pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh institusi hisbah dalam pelbagai aspek. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh para muhtasib dalam melaksanakan hisbah ini. Selain itu, kajian ini juga menyarankan pelbagai usaha bagi memperkasakan lagi institusi hisbah ini untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang. Metode analisis kandungan digunakan dalam menyempurnakan kajian ini. Dengan itu, tanggungjawab al-Amar bi al-Macruf wa Nahi can al-Munkar ini adalah suatu kewajipan dan jika manusia gagal untuk melaksanakan hisbah dengan sempurna, maka dunia ini akan ditimpa pelbagai masalah, jenayah dan kemungkaran sama ada terhadap masyarakat, organisasi, agama dan negara. Kajian ini mendapati bahawa betapa pentingnya pelaksanaan hisbah ini dalam kehidupan seharian manusia walau apa jua alasan yang diberikan dan apa jua rintangan yang melanda demi manfaat bersama.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2016-08-01
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Abu Bakar, M. S., Wan Zakaria, W. F. A., & Salleh, K. (2016). CABARAN INSTITUSI HISBAH DALAM DUNIA KONTEMPORARI SERTA USAHA-USAHA BAGI MEMPERKASAKANNYA. Jurnal ILMI, 1(1). https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/38