TRANSFORMASI HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA DARI SUDUT EMOSI SELEPAS MEMELUK ISLAM DI JOHOR
Keywords:
Hubungan kekeluargaan, emosi, saudara baru, muallafAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis transformasi hubungan kekeluargaan yang berlaku terhadap Saudara Kita di Johor selepas memeluk Islam dari sudut emosi. Dalam konteks kajian ini yang dimaksudkan dengan hubungan kekeluargaan ialah hubungan yang terjalin antara ahli keluarga yang mempunyai ikatan pertalian darah atau ikatan perkahwinan yang institusi yang bermula dengan pasangan suami isteri dan berkembang meliputi anak-anak lelaki dan perempuan, ibu bapa dan datuk nenek serta adik, abang dan kakak serta saudara mara yang dekat. Hubungan kekeluargaan yang dimaksudkan di dalam kajian ini adalah merangkumi hubungan di antara Saudara Kita dan keluarga dari aspek emosi. Hubungan kekeluargaan ini penting bagi memastikan Saudara Kita dapat menghadapi kehidupan yang lebih bahagia serta dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan lebih sempurna walaupun berada dalam kelompok ahli keluarga yang sama-sama telah memeluk Islam atau yang bukan Islam. Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Seramai 455 Saudara Kita di Johor telah dipilih sebagai responden kajian. Data dikumpul melalui soal selidik. Hasil kajian yang diperolehi mendapati terdapat perubahan emosi yang berlaku dalam hubungan kekeluargaan terhadap Saudara Kita selepas memeluk Islam di Johor.Downloads
Published
2016-08-01
Issue
Section
JURNAL ILMI