ANALISIS KONTRASIF TASYBIH DAN ISTIA’RAH DENGAN SIMILE DAN METAFORA
Keywords:
analisis kontrasif, tasybih, istia’rah, simile, metafora.Abstract
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan gaya bahasa kiasan tasybih dan simile dan mengenal pasti persamaan dan perbezaan gaya bahasa kiasan istiarah dan tasybih dengan metafora. Penulis menggunakan kaedah kajian kepustakaan analisis kontrasif untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam gaya bahasa kiasan kedua-dua bahasa tersebut. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan gaya bahasa kiasan simile ialah tasybih mursal mufassal dan tasybih mursal mujmal dalam konteks bahasa Arab dan kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu untuk membuat perbandingan atau perumpamaan sesuatu ayat dengan menggunakan kata perbandingan (seperti, umpama) tetapi mempunyai perbezaan dari segi tiada pengkelasan rukun utama atau asas utama seperti yang terdapat dalam tasybih. Manakala gaya bahasa kiasan metafora iaitu pemindahan atau peminjaman makna asal sesuatu perkataan dengan membentuk makna yang baru dalam ayat ialah gaya bahasa Melayu yang menyerupai isti‘arah tasrihiyyah, istiarah makniyyah, begitu juga tasybih baligh dan tasybih mu’akkad muffassal tetapi mempunyai perbezaan dengan tasybih mursal mufassal dan tasybih mursal mujmal dalam konteks bahasa Arab.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Radzi, S. F., & Baharudin, H. (2019). ANALISIS KONTRASIF TASYBIH DAN ISTIA’RAH DENGAN SIMILE DAN METAFORA. Jurnal ILMI, 9(1), 44-55. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/615