Amalan Pembiayaan Peribadi dalam Kalangan Penjawat Awam di Melaka,Malaysia
Keywords:
Penjawat Awam, Pembiayaan PeribadiAbstract
Malaysia antara negara yang berhadapan dengan masalah hutang isi rumah tertinggi di Asia yang disebabkan oleh beberapa jenis pinjaman yang tertentu seperti perumahan, kenderaan dan peribadi. Pembiayaan Peribadi merupakan instrumen kewangan yang sangat tinggi permintaan dalam kalangan masyarakat untuk mendapatkan tunai segera dan membawa kepada penawarannya yang tinggi oleh institusi-institusi perbankan di Malaysia. Penjawat awam pula merupakan antara individu yang menjadi sasaran utama penawaran produk pembiayaan peribadi kerana mereka mempunyai pendapatan tetap setiap bulan dan berpotensi untuk membayar semula pembiayaan tersebut. Justeru, kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mendorong penjawat awam membuat pembiayaan peribadi. Kajian ini berbentuk kuantitatif deskriptif dengan memilih penjawat awam muslim di Negeri Melaka yang pernah membuat pembiayaan peribadi sebagai responden kajian. Seramai 402 orang penjawat awam Muslim telah memberikan maklumbalas terhadap set-set soalan yang diedarkan secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua faktor iaitu faktor diri sendiri dan faktor perbankan memainkan peranan dalam menarik golongan penjawat awam melanggan kemudahan pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh institusi-institusi perbankan. Justeru, tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak dalam perkara ini kerana kedua-dua belah pihak iaitu penjawat awam dan institusi perbankan masing-masing mempunyai peranan dalam menyumbang kepada jumlah hutang isi rumah negara.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2020-12-01
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Yahya, M. A., Mohd Noor, F. N., Mohd Noor, M. I., & Muhammad Nor, N. Z. (2020). Amalan Pembiayaan Peribadi dalam Kalangan Penjawat Awam di Melaka,Malaysia. Jurnal ILMI, 10(1), 1-13. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/777