HAK PENGGUNA DALAM JUAL BELI TIKET PENERBANGAN: ANALISIS ISU SYARIAH BERTERASKAN INSTRUMEN KHIYAR
Keywords:
patuh syariah, etika perniagaan, maslahah, hak pengguna, perlindungan penggunaAbstract
Industri penerbangan tidak terlepas dengan isu-isu berbangkit dalam urusan jual beli tiket. Pelbagai isu timbul dalam transaksi tersebut, umpamanya isu yang melibatkan hak pengguna seperti pengiklanan dengan harga yang mengelirukan, caj-caj tersembunyi dan pampasan akibat kelewatan penerbangan atau penundaan masa penerbangan. Sehubungan itu, kajian ini akan membincangkan berkenaan jual beli tiket penerbangan, isu-isu yang berkaitan dengan hak pengguna dalam urusan jual beli tersebut, di samping menganalisisnya berasaskan instrumen khiy?r. Bagi mencapai objektif kajian, data dikumpul dengan mengguna pakai dua kaedah iaitu kaedah kepustakaan dan lapangan yang melibatkan temu bual. Data kualitatif yang dikumpul telah dianalisis dengan kaedah analisis kandungan dan deskriptif. Hasil kajian mendapati khiy?r ‘aib berlaku pada kelewatan jadual penerbangan kerana menyebabkan kerugian kepada pelanggan. Justeru, syarikat penerbangan perlu menangani isu tersebut dengan efisien agar urusan jual beli yang dilakukan menepati prinsip dan etika perniagaan Islam.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2020-12-01
Issue
Section
JURNAL ILMI
License
The content of Jurnal Ilmi is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ilmi. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Zulkepli, M. I. S., Mohammad, M. T., & Ramli, M. A. (2020). HAK PENGGUNA DALAM JUAL BELI TIKET PENERBANGAN: ANALISIS ISU SYARIAH BERTERASKAN INSTRUMEN KHIYAR. Jurnal ILMI, 10(1), 47-64. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JILMI/article/view/789