ALIRAN PERJALANAN HIDUP MANUSIA DALAM SYAIR JAMAD AL-QIAMAT
Keywords:
Alam dunia, alam barzakh, hari kebangkitan, kematian, manusia, syafaatAbstract
Makalah ini berfokus kepada aliran perjalanan hidup manusia bermula daripada alam roh sehinggalah alam akhirat dengan menggunakan naskhah Melayu Syair Jamad al-Qiamat. Makalah ini dimulai dengan latar belakang naskhah dan seterusnya menyentuh kepada pembahagian aspek dunia dan akhirat dalam syair ini. Kemudian, makalah ini turut membincangkan tentang kejadian terciptanya alam dunia, syurga dan neraka serta kejadian manusia. Selain itu, makalah ini turut menyentuh tujuan terciptanya alam dunia dan tujuan manusia hidup di dunia. Fokus utama makalah ini ialah menjelaskan lebih terperinci rentetan perjalanan hidup manusia bermula daripada terciptanya alam dunia dan manusia, perlakuan manusia di alam dunia, ketika tibanya hari kematian, kehidupan di alam kubur, manusia dibangkitkan di hari kebangkitan dan dikumpulkan di padang mahsyar serta golongan yang menjadi syafaat di akhirat kelak. Hasil tulisan ini mendapati bahawa topik yang telah dibincangkan ini juga turut diceritakan di dalam al-Quran dan hadis. Oleh itu, dengan terhasilnya makalah ini dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai perjalanan hidup manusia dan dijadikan sebagai pedoman, panduan dan peringatan kepada manusia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2016-08-20
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Kesidang is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Kesidang. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Abdul Rahman, N. S., & Muhammad, S. N. (2016). ALIRAN PERJALANAN HIDUP MANUSIA DALAM SYAIR JAMAD AL-QIAMAT. Jurnal Kesidang, 1(1), 50-69. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JK/article/view/111