MOTIVASI PELAJAR MOBILITI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA PERANCIS
Keywords:
Motivasi, motivasi integratif dan instrumental, motivasi instrinsik dan ekstrinsik, pelajar mobiliti, bahasa Perancis.Abstract
Kajian ini adalah kajian kualitatif untuk mengenal pasti motivasi yang mendorong pelajar mobiliti untuk mempelajari Bahasa Perancis berdasarkan teori motivasi oleh Gardner & Lambert (1972) serta Deci & Ryan (2000). Disamping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis tujuan pelajar mobiliti memilih negara Perancis sebagai tempat untuk melanjutkan pelajaran. Seramai tiga orang pelajar yang berusia di antara usia 20-23 tahun terlibat dalam kajian ini. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar mobiliti yang berasal dari negara yang berbeza. Kajian ini mengambil masa selama empat minggu, dimana pelajar telah ditemubual untuk mendapatkan data kajian yang tepat. Keputusan kajian mendapati bahawa dua jenis motivasi iaitu motivasi integratif dan motivasi instrumental memainkan peranan dalam mendorong pelajar-pelajar ini mempelajari bahasa Perancis. Kajian ini juga mendapati bahawa motivasi instrinsik dan ekstrinsik juga telah membantu mengekalkan pelajar-pelajar untuk terus mempelajari bahasa Perancis. Dapatan kajian ini diharapkan akan membuka ruang kepada pelajar mobiliti dalam mengenal pasti motivasi mereka dalam bahasa Perancis.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2016-08-20
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Kesidang is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Kesidang. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Asbullah, N., & Abdul Halim, H. (2016). MOTIVASI PELAJAR MOBILITI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA PERANCIS. Jurnal Kesidang, 1(1), 86-101. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JK/article/view/113