RETORIK DALAM RISALAH IKLAN MAKANAN SEGERA DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM, SELANGOR
Keywords:
retorik, risalah makanan segera, kaedahAbstract
Risalah perniagaan termasuklah iklan makanan di restoran segera yang dicetak dan diedarkan mempunyai retorik untuk memastikan makanan yang dijual dapat bersaing dan diminati oleh pelanggan. Kebiasaannya, risalah digunakan untuk melariskan dan mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang dapat menembusi pasaran dan mendapat sokongan peminat. Dalam artikel ini, terdapat 20 kaedah retorik yang diperkenalkan oleh Asmah Haji Omar (...) iaitu kaedah pernyataan, kaedah perkaitan konsep, kaedah perisytiharan, kaedah umpan, kaedah pemesraan, kaedah kenal pasti, kaedah peyakinan, kaedah perbandingan, kaedah doa, kaedah ulasan, kaedah pertanyaan, kaedah peringatan, kaedah suruhan, kaedah silaan atau pelawaan, kaedah gesaan, kaedah larangan, kaedah kealatan, kaedah nasihat, kaedah ajakan dan kaedah latar.Semua kaedah retorik ini diterapkan dalam kajian ini dan membuktikan setiap restoran makanan segera menggunakan retorik yang tertentu di dalam risalah iklan mereka. Hal ini menunjukkan bahawa retorik yang berkesan dan menarik digunakan dan diperlukan dalam pelbagai urusan termasuklah dalam perniagaan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2016-08-20
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Kesidang is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Kesidang. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Sha’ri, S. N., Azman, H., Ismail, M. A., & M A A/L N. Marie, V. (2016). RETORIK DALAM RISALAH IKLAN MAKANAN SEGERA DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM, SELANGOR. Jurnal Kesidang, 1(1), 102-127. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JK/article/view/114