PERBANDINGAN FONEM KONSONAN BAHASA PERANCIS DAN BAHASA MELAYU

Authors

  • Mohd Nor Azan Abdullah Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Yusuf Abdullah Universiti Melaka

Abstract

Bahasa Perancis adalah salah satu bahasa utama dunia daripada rumpun bahasa Latin manakala bahasa Melayu merupakan bahasa pertuturan bagi penduduk Malaynesia yang juga dikenali sebagai bahasa lingua franca di alam Melayu. Tujuan kajian adalah untuk meneliti fonem konsonan di antara kedua-dua bahasa tersebut. Perbezaan rumpun bahasa sudah tentunya memperlihatkan perbezaan dan persamaan kandungan gugus konsonan dalam pembentukan mofem. Bahasa Perancis tidak mempunyai bunyi sebutan hentian glotis /?/ dan /r/ konsonan getaran bersuara manakala bunyi getaran dari lelangit lembut /R/ tidak terdapat dalam sebutan Melayu. Kajian ini berobjektif untuk menyenaraikan, menganalisis dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan elemen konsonantik di antara bahasa Perancis dan bahasa Melayu. Kaedah kajian berbentuk kajian kepustakaan dengan merujuk bahan-bahan bertulis dan juga dokumen-dokumen yang berkaitan. Di antara hasil kajian menunjukkan terdapat empat belas fonem konsonan yang identik dimiliki oleh bahasa Perancis dan bahasa Melayu. Terdapat juga pola gugus konsonan hadir secara berpasangan dalam pembinaan leksis tersebut. Kepentingan kajian ini akan memudahkan pembelajaran dan penyebutan bunyi-bunyi konsonan bagi kedua-dua bahasa tersebut dengan sebutan yang betul.

References

Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am. PTS Professional. Kuala Lumpur.

Dictionaire Français-Malais. (2001). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Emilio Bonvibi, Joëlle Busuttil et Alain Peyraube. (2011). Dictionnaire des langues. Puf. Paris. France.

Hasan Alwi. (2013). Perbandingan Antara Tatabahasa Dewan Dengan Tatabahasa Baku

Bahasa Indonesia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Mohd Nor Azan bin Abdullah (2013). Étude Comparative Des Structures Et Des Systemes Verbaux Du Français Et Du Malais. La Thèse. Université de France Comté. France.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2009). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Pierre Et Monique Léon (1977). Introduction à la Phonétiaue Corrective – Deuxième Édition. Librairies Hachette Et Larousse. France.

Pierre R. Léon (1976). Prononciation Di Français Standard. Didier. France.

Phonétique Française – FLE. Université De León.

http://flenet.unileon.es/phon/phoncours.html. Diakses Pada: 27.08.2021. 2.00pm.

Downloads

Published

2023-12-31