HUBUNGAN TAHAP KEKERAPAN PENGGUNAAN PERANTI TEKNOLOGI DIGITAL DI KALANGAN KANAK-KANAK DENGAN DEMOGRAFI IBU BAPA
Keywords:
peranti teknologi digital, kanak-kanak, ibu bapaAbstract
Penularan gelombang penggunaan peranti teknologi digital bermula dalam kehidupan awal kanak-kanak dilihat sebagai suatu norma kebiasaan pada zaman kini. Penggunaan peralatan ini dalam rutin harian kanak-kanak menjadi suatu kebiasaan dan menjadi trend kini ibu bapa memperkenalkan penggunaannya bermula sejak awal usia pertumbuhan mereka. Justeru, kajian tinjauan ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan tahap kekerapan penggunaan peranti teknologi digital di kalangan kanak -kanak berusia dua hingga enam tahun dengan demografi ibu bapa. Objektif dalam kajian ini ialah mengkaji hubungan tahap kekerapan penggunaan peranti teknologi digital oleh kanak-kanak dengan umur ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan umur kanak-kanak. Kajian ini dijalankan ke atas 225 orang ibu bapa melalui persampelan rawak mudah yang mempunyai anak yang berumur antara dua hingga enam tahun di sekitar negeri Melaka. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 26.0. Dapatan kajian mendapati tahap kekerapan penggunaan peranti teknologi digital oleh kanak-kanak mempunyai hubungan yang signifikan dengan umur dan pekerjaan ibu bapa serta umur kanak-kanak. Hal ini membuktikan kepada kajian bahawa kehidupan ibu bapa kini mempunyai kaitan rapat dengan kekerapan penggunaan peranti teknologi digital oleh kanak-kanak. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan usaha kawalan penggunaan peranti teknologi digital terhadap kanak-kanak berlaku dalam keadaan yang terkawal dan seimbang.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-12-31
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Kesidang is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Kesidang. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Muhd Hairi, A. M., Che Pa, M. I., Mohamad Jaafar, E. H., & Zaini, Z. H. (2024). HUBUNGAN TAHAP KEKERAPAN PENGGUNAAN PERANTI TEKNOLOGI DIGITAL DI KALANGAN KANAK-KANAK DENGAN DEMOGRAFI IBU BAPA. Jurnal Kesidang, 9(1), 1-10. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JK/article/view/1759