PERSEPSI TENTANG KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN BAHASA ARAB DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Keywords:
Persepsi, Keperluan, Bahasa Arab, Pendidikan Awal Kanak-kanakAbstract
Bahasa Arab merupakan antara bahasa yang kini ditekankan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Terdapat beberapa institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menawarkan kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak menjadikan Bahasa Arab sebagai subjek wajib yang perlu diambil oleh pelajar dalam bidang ini. Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) merupakan antara IPTS yang mewajibkan subjek Bahasa Arab bagi semua pelajar mereka yang mengambil kursus pendidikan awal kanak-kanak. Kajian ini dilakukan untuk (1) mengetahui tahap keperluan Bahasa Arab dalam kalangan pendidik awal kanak-kanak dan (2) mengenal pasti tahap persepsi kepentingan pembelajaran Bahasa Arab terhadap kanak-kanak. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dengan melibatkan seramai 123 orang pelajar praktikum UNIMEL dan 10 orang pelajar praktikum KIAS menggunakan borang soal selidik melalui aplikasi Google Form. Dapatan kajian menunjukkan tahap keperluan Bahasa Arab dalam kalangan pendidik awal kanak-kanak berada pada tahap yang ‘tinggi’ dengan skor min 3.98 dan sisihan piawai .52. Manakala tahap persepsi kepentingan pembelajaran Bahasa Arab terhadap kanak-kanak adalah berada pada tahap yang tinggi dengan nilai skor min 3.96 dengan sisihan piawai 0.54. Hasil dapatan ini dapat memberi pendedahan kepada pendidik awal kanak-kanak dan premis pengajian sama ada awam atau swasta tentang kepentingan pengaplikasian Bahasa Arab dalam kursus pendidikan awal kanak-kanak.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-12-31
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Kesidang is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Kesidang. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mohamad Zamal, N. S., Mad Sehat, S., Nabila, R., & Mat Yusoff, M. A. (2024). PERSEPSI TENTANG KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN BAHASA ARAB DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK. Jurnal Kesidang, 9(1), 56-63. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JK/article/view/1763